header nuffnang

Followers

14 June 2010

Hand, Foot Mouth Disease... :(

Hmm....
semalam i da g klinik Najihah....and da tau afrina kena penyakit ape..Cam title kat atas tu...Hand, Foot, Mouth disease....penyakit kaki, tangan dan mulut..yg sgt di takuti..huhu. Before ni ai dgr2 jugak penyakit ni...even my niece pun 2 org dah kena. Tak tau plak tanda2 nyer...semalam pas tak puas ati kat Az-zahrah..i ajak hubby g Poliklinik Najihah plak...and sekali doc check die ckp HFM...adui....aku da agak dah....Sian tgk bb..Terkejut gak (cemana doc kat az-zahrah tu boleh ckp afrina kena allergy???)..tny doc, cemana leh jangkit ek. Doc kata ni virus cepat merebak...walau cemana kita jaga berhati2 pun..klu kuar g shopping mall or mana2 tmpat yg ramai org pun leh kena. Doc decide bagi injection...ape lagi melalak la afrina..syian bb mama. Hmmm, pelik gak coz ai anta umah org(mami) bukan nursery, and mami juz jaga die sorang jer...baru2 ni anak bos da letak skali. Klu nursery tu no wonder la klu kena. Macam baru2 ni, Taska USIM kena tutup coz budak2 ramai kena HFM ni. Seb baik bb fahmi cuti 2 hr ni...klu tak risau gak takut jangkit kat die. I nak cuti tak leh...tgh bz majlis Anugerah esok... :(. Ni ape yg hubby i tolong search bout dis disease. So ibu2, bapak2 out there...berhati2...klu tgk anak2 anda ada symptom2 seperti di bawah ni...jgn tggu2 lagi...cepat2 bawak jumpe doc yer. Alhamdulillah, afrina da nak menyusu malam td....n dah nak main2 gelak2 dah...Amin...Luv u bb.

Assalamualaikum, Baru-baru ini diumumkan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau HFMD telah menular di kawasan Taman Tun Dr Ismail. Saya sendiri di klinik Idzham, telah merawat beberapa orang kanak-kanak yang menghidapinya dan telah memberikan cuti yang lama dari sekolah. Marilah kita sama-sama berkongsi pengetahuan tentang penyakit yang pernah menjadi endemik di Sarawak dan Johor sesuatu ketika dahulu dan menyebabkan lebih 30 kematian. Artikel tentang HFMD ini adalah dirujuk daripada garispanduan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kes HFMD.
Definisi dan Penyebab HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71. HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya. HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair. Cara jangkitan HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan. Gejala Penyakit HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain. Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit. Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997. Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:- . Demam Tinggi. • Penat dan lemah. • Tidak mahu makan dan kurang kencing. • Bernafas kencang. • Muntah-muntah. • Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis. • Sawan Perawatan HFMD. HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja. Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut. ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes. Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain. Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital? - Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah - Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik - Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari - Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran. - Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah. Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini. Elakkan Jangkitan! Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD. Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka. Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak. Jangan Panik Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan. Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain. Wallahu A'lam. Ditulis oleh Dr Azwan untuk http://www.drazwan.blogspot.com/

dah nak main2 dah mlm tadi...

syg dier... :)

kena inject..


4 comments:

HaninFarshid said...

siannya wina...

aunty doakan wina cepat sembuh k....muahx! hugs and kisses from aunty and kyra...

Elin said...

hmmm..tu la...
wina getting better aunty...
tq aunty n kyra...

ann @ hatiberbunga said...

tu la nyer...
masa 1st time baca entry 'pity wina'.. cam dah agak2 dah penyakit tu. tp sbb xleh nk komen kan.. (opis kesayangan ku ini baek hati sy nk block nya..), so, dipendamkan la..

yg saya tau, penyakit ni senang merebak klau kurang hygiene.. terutama after uruskan beyak kencing anak tu.. ermm.. nk kena mintak bbsitter tu lebih bersih la kot.. sian sgt2 kt wina..

Elin said...

ye ker cik ann...sebab saya rasa masa blik kpg hr tu...coz anak kakak saya pun kena sama hari lepas kitorang balik tepeng... virus ni senang merebak kan. Bb sitter sll klu salin diapers sure basuh kencing n yak die..takpela...kena beringat ni..kita sendiri pun kena hygiene kan. Sian sgt masa die kena ari tu..thanks cik ann.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...